Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 pelancong SpaceX selamat kembali ke bumi

SpaceX 'Resilience' mendarat di pesisir pantai Florida semalam (18 Sep) selepas mengelilingi orbit bumi selama tiga hari.

Anggaran Waktu Membaca:
4 pelancong SpaceX selamat kembali ke bumi

Anak-anak kapal Inspiration4 pada hari pertama mereka di angkasa lepas dalam kiriman gambar yang dikeluarkan pada 17 Sep 2021. (Gambar: SpaceX melalui Reuters)

Diterbitkan : 19 Sep 2021 07:07PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 07:11PM

FLORIDA: Empat pelancong kapsul angkasa lepas, SpaceX, selamat kembali ke bumi.

SpaceX 'Resilience' mendarat di pesisir pantai Florida semalam (18 Sep) selepas mengelilingi orbit bumi selama tiga hari.

Ia sekali gus mencatat sejarah sebagai misi angkasa lepas pertama tanpa anak kapal angkasawan profesional.

Keempat-empat pelancong misi itu muncul dari kapsul tersebut dalam sekitar sejam selepas ia mendarat.

Seorang daripada mereka ialah penolong pakar perubatan berusia 29 tahun. Wanita itu, yang pernah menghidap penyakit barah tulang semasa kecil, menjadi individu paling muda untuk mencapai orbit bumi.

Lagi tiga anak kapal adalah bekas calon angkasawan NASA, veteran Tentera Udara Amerika
dan seorang jutawan yang menampung kos tiket misi tersebut.

Majalah Times menganggarkan hartawan Jared Isaacman membelanjakan sekitar AS$200 juta (S$269 juta) bagi empat tiket penerbangan ke angkasa lepas itu.  

Sumber : Reuters/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan