Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 pelajar perempuan cedera, bas terbabas di Seremban

Anggaran Waktu Membaca:
4 pelajar perempuan cedera, bas terbabas di Seremban

(Gambar: Balai Bomba dan Penyelamat Nilai)

Diterbitkan : 08 Feb 2022 10:39AM Dikemas Kini : 08 Feb 2022 10:40AM

SEREMBAN: Empat pelajar perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di Bandar Baru Nilai pagi ini (8 Feb). 

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Raihan Che Mat berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada kira-kira 7.40 pagi.

Beliau berkata empat pelajar tersebut masing-masing mengalami kecederaan di tangan dan di bahagian tulang belakang. 

"Bas itu membawa 17 pelajar dan sedang dalam perjalanan ke USIM. Kami menerima laporan mengenai tumpahan minyak di atas jalan raya berhadapan McDonald’s di Bandar Baru Nilai, dan bas dipercayai terbabas kemungkinan berpunca daripada tumpahan minyak itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya kesemua pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dengan ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan Kementerian Kesihatan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan