4 pegawai Bank Negara Malaysia diarah ambil cuti bagi mudahkan proses semakan dalaman
Bank Negara Malaysia menyatakan empat pegawainya sudah memilih untuk mengambil cuti bagi memudahkan proses semakan dalaman yang diarahkan pada Ogos lalu.
MALAYSIA: Bank Negara Malaysia menyatakan empat pegawainya sudah memilih untuk mengambil cuti bagi memudahkan proses semakan dalaman yang diarahkan pada Ogos lalu.
Bank Negara menyatakan demikian sebagai mengulas laporan-laporan para pegawai itu dipaksa mengambil cuti menyusuli siasatan berhubung kes rasuah melibatkan jualan tanah bernilai AS$480 juta (S$665 juta), yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Pada Mei lalu, Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng berkata 1MDB sudah membayar hutangnya menerusi hasil jualan tanah di Kuala Lumpur kepada Bank Negara.
Sebulan kemudian, Gabenor Bank Negara meletak jawatan, didakwa berhubung penjualan tanah tersebut.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pula berkata beliau hanya tahu tanah itu dijual kepada Bank Negara pada harga RM2 bilion (S$663 juta).
Dr Mahathir menambah beliau tidak tahu apa yang berlaku selepas itu seperti ke mana wang tersebut disalurkan.
Tetapi beliau mendakwa ada orang dalam Bank Negara yang mengetahuinya dan siasatan kini dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.