4 orang termasuk kanak-kanak mati ditembak di California
Empat orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bangunan pejabat petang Rabu (31 Mac).
CALIFORNIA: Empat orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah bangunan pejabat petang Rabu (31 Mac).
Tembakan-tembakan dilepaskan semasa para pegawai polis tiba di bangunan pejabat dua tingkat itu di bandar Orange, di tenggara Los Angeles.
Orang yang disyaki, cedera ditembak polis dan kini dalam keadaan tenat.
Begitu juga dengan keadaan seorang wanita yang cedera dalam kejadian tersebut.
Setakat ini belum diketahui motif penembak itu.
Bangunan tersebut, antara lain, ditempati sebuah pejabat insurans, firma nasihat kewangan dan sebuah perniagaan khidmat guaman.
"Keadaan sudah stabil dan tiada ancaman kepada orang awam," menurut Jabatan Polis Orange menerusi satu hantaran dalam Facebook pihak berkuasa itu.
"Mengerikan serta menyayat hati. Kami bersimpati dengan keluarga yang terkesan dengan tragedi dahsyat, malam ini (semalam)," kata Gabenor California, Gavin Newsom, dalam Twitter beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.