Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 orang termasuk kanak-kanak cedera dalam tembakan di London

Empat orang, termasuk tiga orang dewasa dan seorang kanak-kanak, ditembak di utara London lewat Rabu (3 Jun) dan satu siasatan sudah dilancarkan berkenaan insiden itu, menurut Polis Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
4 orang termasuk kanak-kanak cedera dalam tembakan di London

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Jun 2020 11:23AM Dikemas Kini : 04 Jun 2020 11:29AM

REUTERS: Empat orang, termasuk tiga orang dewasa dan seorang kanak-kanak, ditembak di utara London lewat Rabu (3 Jun) dan satu siasatan sudah dilancarkan berkenaan insiden itu, menurut Polis Britain.

Kesemua empat mangsa yang cedera dibawa ke hospital, menurut polis dalam kenyataannya sambil menambah bahawa tiada sebarang pemberkasan dilakukan setakat ini.

Beberapa das tembakan dilepaskan di Energen Close, Harlesden, Brent pada pukul 9.45 malam waktu tempatan, menurut kenyataan itu.

Perintah seksyen 60 yang memberikan pihak polis kuasa untuk menahan dan menjalankan pemeriksaan di kawasan itu sudah dikuatkuasakan sehingga pukul 7.00 pagi pada Khamis, menurut kenyataan itu lagi.

Pihak polis sudah merayu para saksi supaya tampil memberikan maklumat dan menyatakan bahawa rondaan tambahan juga akan dijalankan pada sebelah malam.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan