Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 orang diberkas kerana jual video tetamu hotel yang dirakam secara sulit

Polis di Korea Selatan menangkap empat orang kerana menyiarkan secara langsung dan menjual video-video sekitar 1,600 tetamu hotel yang dirakam secara sulit tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
4 orang diberkas kerana jual video tetamu hotel yang dirakam secara sulit

(Gambar: Jung Hawon/AFP)

Diterbitkan : 21 Mar 2019 11:11PM Dikemas Kini : 21 Mar 2019 11:16PM

KOREA SELATAN: Polis di Korea Selatan menangkap empat orang kerana menyiarkan secara langsung dan menjual video-video sekitar 1,600 tetamu hotel yang dirakam secara sulit tahun lalu.

Menurut polis, empat orang itu menyamar sebagai tetamu hotel dan kemudian memasang kamera-kamera tersebut secara sulit.

Kamera-kamera yang tersembunyi itu dipasang pada televisyen, soket dinding dan alat pengering rambut.

Rakaman tersebut kemudian disiarkan secara langsung di sebuah lelaman media sosial selama 24 jam. Lelaman tersebut mempunyai 4,000 ahli anggota.

Ada di antara penonton yang membayar sebanyak 50,000 won (S$60) setiap bulan untuk mendapat akses ke kandungan "eksklusif" - rakaman clip disunting yang boleh ditonton lagi.

Lebih 800 pasangan dipaparkan di lelaman itu selama tiga bulan, kebanyakannya mereka sedang melakukan hubungan seks.

"Sekitar 50 peratus daripada seramai 1,600 mangsa adalah kaum lelaki," menurut seorang pegawai dari Agensi Negara Polis.

Menurutnya lagi, kumpulan itu meraih keuntungan sebanyak 7 juta won (S$8,400) daripada skim tersebut.

Polis menemui kamera-kamera tersebut di 42 bilik di 30 hotel di Seoul dalam satu operasi antara 24 November tahun lalu hingga 2 Mac tahun ini.  

Sumber : AFP/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan