Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 negara ASEAN alami 26 bencana minggu lalu: Pusat AHA

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Empat negara ASEAN, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand, menyaksikan 26 kejadian bencana minggu lalu, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA ).

Agensi pengurusan bencana Indonesia BNPB melaporkan banjir, tanah runtuh dan kejadian berkaitan angin di Aceh, Banten, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Timur, Lampung, Sumatera Barat dan Sumatera Utara.

Selain itu, aktiviti letusan gunung berapi Gunung Marapi di Sumatera Barat turut dilaporkan pusat itu dalam maklumat terkini mingguannya.

Setakat Isnin (4 Dis), kesan aktiviti gunung berapi mengakibatkan 22 individu maut, 26 hilang dan sembilan cedera, dengan pihak berkuasa mengambil tindakan yang perlu untuk menangani situasi itu.

Pusat AHA menyatakan pengurusan bencana Filipina NDRRMC mencatat insiden banjir di Wilayah II dan XI, serta gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter di Surigao del Sur pada Sabtu (2 Dis).

Institut gunung berapi negara, PHIVOLCS, juga melaporkan 1,279 gempa susulan berukuran antara 1.4 hingga 6.6 pada skala Richter.

Gempa bumi itu menjejas 2,600 individu daripada 529 keluarga, seorang maut dan dua cedera manakala enam rumah dan dua jambatan rosak.

Di Malaysia, agensi pengurusan bencana NADMA melaporkan banjir di Johor dan Kelantan, manakala Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana di Thailand melaporkan kejadian angin kencang dan banjir di beberapa kawasan di wilayah Selatan.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan