Skip to main content

Dunia

4 militan ISIS maut, pertempuran dengan tentera Filipina di Pulau Mindanao

Tentera Filipina berjaya menawan semula sebuah bandar kecil di Pulau Mindanao, selatan negara itu dari tangan militan-militan yang menyokong kumpulan pengganas ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jul 2018 12:33AM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 12:35AM

MINDANAO: Tentera Filipina berjaya menawan semula sebuah bandar kecil di Pulau Mindanao, selatan negara itu dari tangan militan-militan yang menyokong kumpulan pengganas ISIS.

Tentera Filipina dengan disokong beberapa kenderaan berperisai berjaya mengusir militan-militan dari kumpulan Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro atau BIFF dari bandar Datu Paglas yang diduduki mereka selama 12 jam.

Dalam pertempuran yang berlaku, empat militan terbunuh manakala yang lain lari ke kawasan bukit-bukau berhampiran.

Ratusan penduduk pula masih berada di tempat-tempat perlindungan kerana tentera masih menjalankan kerja memusnahkam bom-bom ^yang dipasang pihak militan.

Sepanjang empat bulan lalu, lebih 40 militan BIFF terbunuh dalam pertempuran dengan askar-askar Filipina.

Tentera Filipina terus berusaha mematahkan ofensif-ofensif dari pihak militan bagi mengelakkan berulangnya peristiwa di Marawi tahun lalu apabila sekumpulan militan menduduki bandar itu selama lima bulan.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita