4 maut di utara Thailand sedang banjir akibat Taufan Yagi melanda
Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat akibat Taufan Yagi meragut empat nyawa di utara Thailand dan menyebabkan ribuan rumah musnah.
Demikian menurut kerajaan negara itu pada Rabu (11 Sep), sedang pihaknya mengerahkan tentera untuk membantu keluarga-keluarga yang terjejas.
Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra berkata bantuan sedang dihantar ke sekitar 9,000 keluarga yang terjejas dek banjir di wilayah-wilayah utara Chiang Mai dan Chiang Rai.
Mengesahkan kematian pertama berkait Yagi di Thailand, Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi menyatakan dua orang maut akibat tanah runtuh di wilayah Chiang Mai dan lagi dua di Chiang Rai, yang bersempadan dengan Myanmar.
Kementerian kesihatan negara itu menyatakan pihaknya sudah mengerahkan kakitangan perubatan, sukarelawan dan petugas bantuan untuk membawa warga tua ke tempat lebih selamat.
Jabatan kaji cuaca Thailand juga memberi amaran bahawa hujan lebih lebat diramalkan sehingga Selasa depan (17 Sep), sekali gus membawa risiko baharu banjir kilat.
"Antara 13 September dengan 17 September, tolong berhati-hati terhadap kemungkinan bahaya yang disebabkan hujan lebat hingga sangat lebat," menurutnya dalam satu kenyataan.
Sementara Thailand mengalami hujan monsun tahunan, perubahan iklim disebabkan perbuatan manusia menyebabkan corak cuaca yang lebih dahsyat yang boleh mencetuskan banjir teruk berlaku lebih kerap.
Seramai 29 orang sudah terkorban akibat bencana berkait hujan lebat sejak awal musin ini, menurut pusat operasi kecemasan kerajaan Thailand.

Sumber : AFP/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.