4 maut dalam tembakan rambang di Australia
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di pusat bandar Darwin petang tadi (4 Jun).
Gambar dimuat naik ke laman Twitter menunjukkan seorang lelaki ditahan. (Gambar: @AlwaysACowboy/Twitter)
DARWIN: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan di pusat bandar Darwin petang tadi (4 Jun).
Semasa menangani kes ini, polis mengepung sebahagian bandar Darwin dan memberi amaran kepada orang ramai tentang lelaki bersenjata itu.
Bagaimanapun pasukan keselamatan dapat menangkap penembak berkenaan - seorang lelaki berusia 45 tahun. Polis menyatakan lelaki kulit putih itu memakai baju warna terang dan menggunakan senapang patah.
Motif kejadian belum diketahui tetapi Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata kejadian ini dipercayai bukan serangan pengganas.
Para saksi berkata mereka melihat lelaki itu memasuki sebuah hotel dan melepaskan tembakan pada bilik-biliknya.
Dia dikatakan seolah-olah mencari seseorang. Lelaki itu kemudian meluru ke dalam sebuah van dan melarikan diri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.