4 maut dalam serangan pemberontak di pangkalan tentera Thailand
Empat orang terbunuh dalam serangan lewat malam oleh para pemberontak Islam ke atas pangkalan luar tentera di selatan Thailand yang bergolak, menurut pihak berkuasa pada Rabu (24 Jul).

Penyiasat polis dan tentera bersenjata tiba di tapak kejadian susuli serangan oleh para militan di pusat pemeriksaan militan di Pattani pada 24 Jul 2019. (TUWAEDANIYA MERINGING/AFP)
PATTANI: Empat orang terbunuh dalam serangan lewat malam oleh para pemberontak Islam ke atas pangkalan luar tentera di selatan Thailand yang bergolak, menurut pihak berkuasa pada Rabu (24 Jul).
Serangan dilancarkan ketika kemarahan terus meluap berhubung kes suspek pemisah Islam yang dibiarkan dalam keadaan kritikal selepas ditahan beberapa jam dalam unit soal siasat tentera.
Lewat semalam, militan-militan menyerang pangkalan terpencil di Pattani, membaling bom tangan dan melepaskan tembakan automatik hampir sejam, kata seorang jurucakap tentera.
“Empat maut termasuk seorang anggota tentera sarjan mejar, dua sukarelawan pertahanan dan seorang penduduk kampung,” kata Kolonel Thanawee Suwannarat.
Pemberontak mencuri lima mesingan, membakar tayar dan menabur paku di atas jalan raya ketika melarikan diri untuk menyukarkan usaha mengejar mereka.
Mengesahkan angka kematian itu, pegawai polis Pattani berkata dua lagi mangsa kritikal di hospital, dalam antara kes paling buruk pernah berlaku di wilayah berkenaan sepanjang masa beberapa bulan.
Serangan tersebut berlaku empat hari selepas suspek pemberontak, Abdulloh Esormusor, dibiar tidak sedarkan diri selepas ditahan di bawah undang-undang tentera dibawa ke kem militan di Pattani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.