Skip to main content

Dunia

4 maut dalam kejadian bangunan runtuh di New Delhi

Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala sembilan yang lain cedera selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di kawasan Mehrauli, New Delhi pada Sabtu malam (30 Mei), lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
4 maut dalam kejadian bangunan runtuh di New Delhi

Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala sembilan yang lain cedera selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di kawasan Mehrauli, New Delhi pada 30 Mei 2026. (Gambar: REUTERS/Adnan Abidi)

Diterbitkan : 31 May 2026 09:20PM
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala sembilan yang lain cedera selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di kawasan Mehrauli, New Delhi pada Sabtu malam (30 Mei), lapor Xinhua.

Menurut pengesahan polis tempatan pada Ahad, seorang wanita merupakan antara mangsa yang terkorban. Mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Polis membuka kertas siasatan terhadap pemilik bangunan itu.

“Ia merupakan sebuah bangunan komersial lima tingkat yang menempatkan banyak pejabat dan sebuah pusat tuisyen. Banyak pejabat ditutup ketika kejadian berlaku memandangkan ia merupakan hujung minggu.

"Apabila bangunan itu runtuh, sisa runtuhan bangunan berkenaan menghempap sebuah bangunan berhampiran, menyebabkan ramai terperangkap di bawah timbunan runtuhan,” kata seorang pegawai Polis Delhi.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita