Skip to main content

Dunia

4 maut dalam kebakaran hutan di Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Sekurang-kurangnya empat orang maut, enam orang cedera dan kira-kira 1,500 penduduk terpaksa dipindahkan apabila kebakaran hutan melanda beberapa kawasan di bahagian tenggara Korea Selatan.  

Kebakaran bermula di Daerah Sancheong, kira-kira 250 kilometer ke tenggara Seoul pada Jumaat (21 Mac) sebelum ia merebak dengan pantas ke kawasan berdekatan, lapor agensi berita Yonhap pada Ahad (23 Mac).

Menurut Ibu Pejabat Langkah Keselamatan dan Bencana Pusat, kesemua kematian dilaporkan di Sancheong.

Timbalan Ketua Pusat Kawalan Bencana, Lee Han Kyung mengarahkan semua sumber yang tersedia segera dikerahkan bagi mengawal kebakaran.  

"Kebakaran hutan merebak dengan pantas ke kawasan yang lebih luas akibat cuaca kering, mengancam nyawa penduduk," kata Encik Lee dalam satu mesyuarat tindak balas bencana.  

Setakat ini, kira-kira 3,286 hektar tanah, yang seluas hampir 4,600 padang bola sepak, musnah akibat kebakaran itu.

Lebih 1,000 hektar tanah terbakar di Euiseong, wilayah Gyeongsang Utara dan Sancheong.  

Sekitar 1,500 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara, manakala usaha pemadaman masih diteruskan.  

Sehingga pukul 8.00 pagi pada Ahad, operasi memadam kebakaran masih dilaksanakan di empat kawasan yang terjejas di wilayah tenggara.  
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita