4 maut, 6 cedera dalam kejadian tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Basarnas Makassar)
JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan enam lagi cedera akibat tanah runtuh di jalan raya di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.
Menurut laporan Xinhua, kejadian berlaku pada Isnin (26 Feb), kata seorang pegawai.
Pemangku Ketua Agensi Pengurangan Bencana Sulawesi Selatan, Amson Pandolo berkata, kejadian tanah runtuh di Bastem Utara pada kira-kira pukul 9.00 pagi waktu tempatan itu disebabkan oleh hujan lebat yang melanda pada Ahad (25 Feb) petang.
Lebih 20 orang dilaporkan terjejas akibat kejadian tanah runtuh tersebut.
Encik Pandolo berkata, pasukan penyelamat sudah mengeluarkan mayat mangsa dan membawa mereka yang cedera ke pusat kesihatan masyarakat di kampung berhampiran.
Lebih daripada 10 motosikal dan dua buah kereta tertimbus dalam bencana alam itu, tambahnya.
Menurut Encik Pandolo, bencanatersebut turut merosakkan jalan raya dan beberapa buah kampung terputus hubungan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.