4 maut, 4 cedera dalam kemalangan di lebuh raya PLUS; jalan sesak sepanjang 20km
“Tiga pasukan dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Rawang dan Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini (14 Jul).
(Gambar: Facebook/ Adinda Qilla)
KUALA LUMPUR: Empat orang maut, seorang cedera parah manakala tiga yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah treler di Km 446 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melibatkan kedua-dua arah tengah hari tadi (14 Jul).
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai satu kemalangan yang mengorbankan dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki itu pada 12.02 tengah hari tadi (14 Jul).
“Tiga pasukan dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Rawang dan Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini (14 Jul).
Beliau berkata bahawa kejadian itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler yang menghala ke arah utara terbabas sebelum memasuki lorong bertentangan ke arah selatan lalu melanggar kenderaan di laluan berkenaan.
(Gambar: Facebook/ Adinda Qilla)
“Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan sepanjang 20 kilometer,” katanya.
Katanya kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan menerima rawatan.
Setakat ini, aliran trafik di kedua-dua arah bergerak perlahan dengan dikawal pegawai trafik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.