4 maut, 33 hilang akibat kebakaran feri Indonesia
Sekurang-kurangnya empat maut manakala hampir 36 lagi hilang selepas sebuah feri penumpang terbakar di perairan pulau Jawa, Indonesia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat (23 Ogos).

Penumpang bot Indonesia yang terbakar berkumpul di pelabuhan Tanjung Perak selepas diselamatkan di Surabaya, Jawa Timur, pada 23 Ogos 2019. (Gambar: AFP)
JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat maut manakala hampir 36 lagi hilang selepas sebuah feri penumpang terbakar di perairan pulau Jawa, Indonesia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat (23 Ogos).
Feri malang itu dalam perjalanan dari Surabaya, bandar kedua terbesar Indonesia, ke Balikpapan di pulau Kalimantan bersama 277 penumpang apabila ia terbakar pada sebelah malam Khamis, menurut polis.
Gambar-gambar di televisyen menunjukkan kepulan asap hitam tebal keluar dari feri ketika pasukan penyelamat mencari penumpang yang hilang selepas sejumlah besar diselamatkan.
Jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera, mengesahkan pada Jumaat bahawa sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian tersebut dan puluhan lagi hilang.
Punca nahas bagaimanapun masih belum jelas.
Seorang jurucakap pelabuhan Tanjung Perak di Surabaya, Nugroho, berkata kebakaran tiba-tiba berlaku dan bekalan tenaga feri gagal berfungsi dengan pam airnya terputus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.