Skip to main content

Dunia

4 maut, 20 cedera dalam insiden tembakan kedua di sekolah Turki dalam masa dua hari

Seorang pelajar berusia sekitar 13 tahun melepaskan tembakan secara rambang di sebuah sekolah di Turki pada Rabu (15 Apr), membunuh empat orang dan mencederakan lagi 20 orang, sehari selepas seorang penembak mencederakan 16 orang sebelum membunuh dirinya di sebuah sekolah, menurut pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
4 maut, 20 cedera dalam insiden tembakan kedua di sekolah Turki dalam masa dua hari

Pegawai bantuan kecemasan mengusung beg mayat di Kahramanmaras, selatan Turki pada 15 Apr 2026. (Gambar: AFP/Agensi Berita Demiroren)

Diterbitkan : 15 Apr 2026 10:50PM Dikemas Kini : 15 Apr 2026 10:51PM
ISTANBUL: Seorang pelajar berusia sekitar 13 tahun melepaskan tembakan secara rambang di sebuah sekolah di Turki pada Rabu (15 Apr), membunuh empat orang dan mencederakan lagi 20 orang, sehari selepas seorang penembak mencederakan 16 orang sebelum membunuh dirinya di sebuah sekolah, menurut pihak berkuasa.

Gabenor daerah Kahramanmaras, Mukerrem Unluer berkata seorang guru dan tiga pelajar terbunuh dalam serangan terkini.

Suspek juga maut dalam kejadian itu.

"Seorang pelajar datang ke sekolah sambil membawa senjata api yang kami percaya milik bapanya di dalam begnya. Dia memasuki dua bilik darjah lalu melepaskan tembakan secara rambang, menyebabkan kecederaan dan kematian," kata Encik Unluer kepada wartawan.

Empat daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan serius dan sedang menjalani pembedahan, katanya.

Penyerang itu, seorang pelajar gred 8, adalah anak lelaki kepada seorang bekas pegawai polis, kata Encik Unluer sambil menambah suspek dilaporkan membawa lima senjata dan tujuh lelopak peluru (magazine).

"Kami mengesyaki dia mungkin mengambil senjata milik bapanya," kata gabenor itu.

Encik Unluer juga berkata suspek sudah mati.

"Dia menembak dirinya. Ia belum lagi jelas sama ada ia satu pembunuhan diri atau ia berlaku di tengah-tengah kekecohan," katanya.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita