Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 maut, 12 cedera dalam nahas di lebuh raya M'sia

Kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan itu melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda.

Anggaran Waktu Membaca:
KUANTAN: Empat maut manakala 12 cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan pada awal pagi tadi (27 Ogos).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Encik Zulfadli Zakaria berkata kemalangan melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda. 

Mereka yang maut ialah sepasang warga emas dan seorang remaja lelaki menaiki Proton Exora serta pemandu trak tunda. 

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.26 pagi. Kejadian dipercayai berlaku apabila lori kontena terbabas sebelum merempuh trak tunda yang sedang mengangkat Proton Exora rosak di tepi lebuh raya. 

"Proton Waja itu pula difahamkan berada di tepi jalan yang sama. Kemalangan menyebabkan Proton Exora jatuh ke gaung dianggarkan sedalam 40 kaki (12.19 meter)," katanya dalam kenyataan. 

Encik Zulfadli berkata mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan