Skip to main content

Dunia

4 lelaki ditembak mati selepas serang ibu pejabat polis Pekanbaru

Polis Indonesia menembak mati empat lelaki hari ini (16 Mei) selepas salah seorang daripada mereka menyerang polis dengan pedang samurai, mencederakan dua orang pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 May 2018 12:22PM Dikemas Kini : 16 May 2018 09:58PM

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati empat lelaki hari ini (16 Mei) selepas salah seorang daripada mereka menyerang polis dengan pedang samurai, mencederakan dua orang pegawai.

Serangan itu berlaku di ibu pejabat polis di Pekanbaru, Sumatera, menurut laporan polis.

Salah seorang daripada lelaki yang ditembak mati itu disyaki memasang bom pada badannya. Seorang lagi lelaki ditahan dan empat yang lain dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian, dedah polis lagi.

Menurut laporan tersebut, para suspek yang memandu sebuah kereta membawa kenderaan itu masuk ke pekarangan ibu pejabat polis sebelum keluar dari kenderaan berkenaan dan menyerang polis.

Media tempatan Antara melaporkan bahawa dua wartawan yang berada di ibu pejabat polis itu turut mengalami kecederaan akibat serangan berkenaan.

Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki terbujur di lantai dengan sebilah pedang di sebelahnya.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita