4 lelaki ditahan susuli pencerobohan kuil Selangor
Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah kuil di Rawang, Selangor pada Rabu (11 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: Bill Oxford/Unsplash)
RAWANG: Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah kuil di Rawang, Selangor pada Rabu (11 Feb).
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata penahanan itu dibuat susulan aduan yang diterima daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian meroboh kuil yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan terbabit.
"Hasil siasatan mendapati sebahagian kuil sudah dirobohkan tanpa ada perbincangan serta tiada pemberitahuan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengadu sebelum aktiviti pembersihan tersebut dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Khamis, seperti dinukil BH Online Malaysia.
Encik Shazeli berkata, empat lelaki yang ditahan itu berusia 26 hingga 39 tahun dan pihaknya turut merampas sebuah jengkaut (backhoe).
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan secara telus, profesional dan berlandaskan undang-undang bagi memberi keadilan kepada semua pihak terbabit.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan serta diminta untuk kekal rasional dalam setiap tindakan, menurut laporan BH Online Malaysia.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.