4 lelaki ditahan di Sydney, berhubung penghantaran dadah bernilai AS$54 juta
Empat lelaki ditahan di Sydney pada Khamis (24 Jan) berhubung satu penghantaran dadah jenis heroin bernilai AS$54 juta (S$73 juta) yang tiba di negara itu pada awal tahun ini, lapor agensi berita China Xinhua.
Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)
SYDNEY: Empat lelaki ditahan di Sydney pada Khamis (24 Jan) berhubung satu penghantaran dadah jenis heroin bernilai AS$54 juta (S$73 juta) yang tiba di negara itu pada awal tahun ini, lapor agensi berita China Xinhua.
Penghantaran itu tiba di lapangan terbang Sydney dari Malaysia dan sudah dirampas oleh kakitangan Pasukan Sempadan Australia (ABF) yang terlihat kelainan pada tong mengandungi barangan kraf tangan diperbuat daripada kayu.
Rampasan itu terdiri daripada sejumlah 400 blok heroin seberat 154 kilogram.
"Ia adalah rampasan heroin terbesar di Australia dalam tempoh 10 tahun," kata superintenden ABF Garry Low.
Berusia lingkungan 23 hingga 31 tahun, semua lelaki yang ditahan merupakan warga asing dan mereka dijangka didakwa secara rasmi pada Jumaat.
"Kami akan mendakwa dalam siasatan bahawa suspek melakukan perjalanan ke negara ini untuk mengedarkan dadah dalam kuantiti yang besar," kata Pemangku Penolong Pesuruhjaya Stuart Smith kepada media tempatan.
Semasa serbuan dilakukan di seluruh bandar itu pada Khamis, polis turut menemui sejumlah 35 kilogram metamfetamin.
"Pada dasarnya, dadah bernilai lebih AS$75 juta (S$102 juta) akan dijual di jalanan," kata Encik Smith.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.