Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 lapangan terbang di Jerman batalkan penerbangan susulan mogok

Anggaran Waktu Membaca:
BERLIN: Lapangan terbang Berlin, Hamburg, Hanover dan Bremen akan membatalkan penerbangan berlepas pada Isnin (13 Mac) susulan mogok, lapor media Jerman.

Kesatuan sekerja sektor perkhidmatan Jerman Verdi menyeru kakitangan keselamatan untuk mengadakan mogok, lapor Sputnik memetik akhbar Jerman Welt.

Syarikat yang menguruskan lapangan terbang itu menjelaskan bahawa hampir 200 penerbangan di Berlin akan dibatalkan sekali gus menjejaskan kira-kira 27,000 penumpang.

Kesatuan itu menggesa mogok diadakan bagi menuntut upah lebih tinggi untuk kerja pada hujung minggu dan malam serta bayaran lebih masa yang lebih baik.

Bulan lalu, Verdi mengumumkan mogok 24 jam untuk menuntut kenaikan gaji yang menjejaskan lapangan terbang di beberapa bandar Jerman.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan