4 konvoi bantuan UAE masuk Gaza jelang Aidiladha
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
GAZA: Empat konvoi bantuan kemanusiaan Amiriah Arab Bersatu (UAE), melibatkan 60 trak yang membawa lebih 930 tan pelbagai bekalan bantuan memasuki Carikan Gaza sepanjang minggu lalu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Konvoi itu membawa barangan makanan dan pakaian sempena Aidiladha sebagai sebahagian daripada “Operation Chivalrous Knight 3” bagi menyokong rakyat Palestin serta membantu memenuhi keperluan kemanusiaan mereka.
Konvoi berkenaan termasuk dua konvoi bantuan kemanusiaan khas untuk pakaian Aidiladha yang membawa lebih 540 tan pakaian baharu untuk kanak-kanak, lelaki dan wanita, disediakan oleh Bulan Sabit Merah Emirates.
Inisiatif itu bertujuan membawa kegembiraan kepada keluarga Palestin sempena sambutan Aidiladha serta mengurangkan penderitaan mereka di tengah-tengah keadaan kemanusiaan yang sukar di Carikan Gaza.
Pasukan bantuan kemanusiaan UAE di Al Arish menyediakan dan memuatkan konvoi berkenaan menerusi hab logistik bantuan kemanusiaan UAE di Al Arish. Pasukan itu bekerjasama dengan pelbagai entiti Mesir yang banyak membantu memudahkan operasi dan pergerakan bantuan kemanusiaan, sekali gus mencerminkan hubungan persaudaraan yang erat antara Mesir dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Konvoi itu adalah sebahagian daripada persiapan menjelang Aidiladha dan mencerminkan komitmen UAE untuk terus menyokong rakyat Palestin di Gaza menerusi pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan dan kebajikan.
“Operation Chivalrous Knight 3” menyerlahkan usaha berterusan UAE untuk mengurangkan penderitaan rakyat Palestin menerusi penghantaran konvoi bantuan kemanusiaan dan penyediaan keperluan asas, sekali gus mencerminkan pendekatan negara itu yang sekian lama mengutamakan bantuan kemanusiaan serta perpaduan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.