Skip to main content

Dunia

4 kes baharu varian JN.1 dilaporkan di Kemboja

Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Kemboja mengesan empat kes pertama membabitkan varian baharu COVID-19 JN.1 yang berkait rapat dengan varian BA.2.86, dedah Kementerian Kesihatan negara itu.

"Keputusan yang diperoleh daripada Institut Pasteur di Kemboja pada 28 Disember mengesahkan empat orang didapati positif COVID-19 varian JN.1

“Kesemua pesakit telah menerima rawatan dan telah pulih tetapi mereka masih perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” Xinhua memetik kenyataan kementerian itu pada Khamis (28 Dis).

Varian COVID-19 JN.1 diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai "varian mempunyai kepentingan" dan bukan "varian yang membimbangkan".

Varian JN.1 pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada September dan dianggap "berisiko rendah" untuk kesihatan awam, tambah WHO.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita