Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 kapal muatan jagung, produk makanan berlepas dari Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
4 kapal muatan jagung, produk makanan berlepas dari Ukraine

(Gambar: Oleksandr Gimanov/AFP)

Diterbitkan : 07 Aug 2022 05:36PM Dikemas Kini : 07 Aug 2022 05:36PM

KYIV/ISTANBUL: Empat kapal membawa produk makanan berlepas dari pelabuhan Laut Hitam di Ukraine pada Ahad (7 Ogos) sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk melepaskan sekatan terhadap eksport negara itu, menurut para pegawai Ukraine dan Turki. 

Empat kapal muatan itu membawa hampir 170,000 tan jagung dan produk makanan lain, menurut hantaran penguasa pelabuhan laut Ukraine di Facebook. 

Proses mengeksport bijirin itu dikelolakan Pusat Penyelarasan Bersama (JCC) di Istanbul, di mana pegawai Rusia, Ukraine, Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang bertugas. 

PBB dan Turki menjadi orang tengah bagi perjanjian tersebut pada bulan lalu menyusuli amaran PBB mengenai kemungkinan berlaku kekurangan makanan di beberapa bahagian dunia disebabkan oleh sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap penghantaran bijirin dari Ukraine, yang menyebabkan kekurangan bekalan dan lonjakan harga. 

Pada Sabtu (6 Ogos), kapal berdaftar dari luar negara tiba di Ukraine buat pertama kali sejak perang bermula pada Februari untuk dimuatkan dengan bijirin, kata Menteri Prasarana Oleksandr Kubrakov. 

"Kami sedang beransur-ansur beralih kepada jumlah yang lebih besar. Kami akan memastikan pelabuhan-pelabuhan berupaya menguruskan sekurang-kurangnya 100 kapal setiap bulan dalam masa terdekat ini," katanya di Facebook pada Ahad (7 Ogos). 

Beliau turut mendedahkan bahawa Ukraine merancang untuk melibatkan pelabuhan Pivdennyi bagi usaha eksport bijirin dalam masa terdekat dan dijangka akan menghantar sekurang-kurangnya 3 juta tan barangan setiap bulan. 

JCC pada lewat Sabtu (6 Ogos) menyatakan ia sudah meluluskan keberangkatan lima kapal baru melalui koridor Laut Hitam: empat kapal dari Chornomorsk dan Odesa membawa 161,084 tan produk makanan dan satu kapal untuk memasuki Ukraine. 

Kapal-kapal yang sudah berlepas dari pelabuhan Ukraine termasuk Glory, dengan muatan 66,000 tan jagung untuk dihantar ke Istanbul dan Riva Wind yang membawa 44,000 tan jagung, menghala ke Iskenderun di Turki, menurut Kementerian Pertahanan Turki. 

Tambahnya lagi, dua lagi kapal yang sudah berlepas dari Ukraine adalah Star Helena, dengan muatan 45,000 tan makanan untuk dibawa ke China dan Mustafa Necati, dengan 6,000 tan minyak bunga matahari menuju ke Itali. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa