Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 kanak-kanak di Kuala Terengganu cedera bakar mercun di kawasan rumah

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA TERENGGANU: Empat kanak-kanak cedera akibat terkena letupan mercun yang diubah suai dalam kejadian di Kuala Nerus pada Selasa lalu (28 Mac). 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.30 malam itu, seorang daripada mangsa cedera di bahagian mata manakala tiga rakannya cedera di badan, ketika membakar mercun di kawasan rumah salah seorang mangsa. 

“Tiga daripada mangsa yang berusia antara lapan hingga 13 tahun itu dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala mangsa yang cedera di mata dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis (6 Apr). 

Encik Abdul Rahim berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau didenda RM10,000 (S$3,024.72) atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu siasatan juga melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu kesalahan mengabaikan kanak-kanak yang membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM20,000 (S$6,049.44) atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Menyusuli insiden itu, beliau mengingatkan orang ramai terutamanya ibu bapa supaya sentiasa mengawasi dan memantau segala aktiviti anak-anak di bawah umur ketika bermain mercun atau bunga api.

Menurut Encik Abdul Rahim, pengabaian ke atas kanak-kanak adalah satu kesalahan yang membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Selain itu polis mempunyai skuad khas yang memantau penjualan bunga api dan mercun tanpa lesen di setiap daerah," katanya.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan