Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 guru warga Amerika ditikam di taman di timur laut China

Anggaran Waktu Membaca:
4 guru warga Amerika ditikam di taman di timur laut China

Gambar: Cornell College/Facebook

BEIJING: Empat guru warga Amerika Syarikat dari sebuah universiti di Iowa cedera setelah ditikam di sebuah taman awam di daerah Jilin, China pada Isnin (11 Jun).

Demikian dilaporkan media Amerika Syarikat dan pegawai pemerintah negara itu.

Kumpulan itu sedang menziarahi sebuah kuil di Beishan Park apabila mereka diserang oleh seorang lelaki dengan pisau.

Tiada sebarang motif dilaporkan.

Rakaman video yang menunjukkan beberapa individu terbaring berlumuran darah tular di wadah X pada Isnin.

Namun, gambar-gambar itu tidak dapat ditemui di sebarang media sosial China.

Reuters berjaya mengenal pasti tempat itu berdasarkan tulisan bahasa China pada tembok, struktur tembok dan susun atur laluan.

Tiada sebarang kenyataan mengenai kejadian itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa China atau sebarang laporan ditemui dalam media China.

Kumpulan guru dari Kolej Cornell itu sedang melakukan lawatan ke universiti Beihua, di Bandar Jilin.

"Kami sedang berusaha untuk bercakap dengan Kedutaan Amerika berhubung beberapa urusan bagi memastikan mangsa itu mendapat penjagaan bermutu bagi kecederaan mereka dan kemudian meninggalkan China," kata wakil Kongres Iowa Mariannette Miller-Meeks menerusi satu catatan di platform X.

Datuk bandar Iowa Kim Reynolds pula memaklumkan bahawa beliau sedang berhubungan dengan Jabatan Negara Amerika mengenai serangan yang "mengerikan" itu, melalui satu catatannya di X.

Sementara itu, jurucakap kolej Jen Visser memberitahu agensi berita CNN bahawa Jabatan Negara Amerika sedia maklum mengenai laporan insiden tikaman di China dan sedang memantau situasi berkenaan.

Sumber : Reuters/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan