4 dapur hotel kotor di Melaka diarah tutup
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka
MELAKA: Empat dapur hotel di Melaka diarah tutup selepas tahap kebersihan premis dikesan tidak memuaskan.
Notis penutupan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka selepas pemeriksaan melalui Op Hotel menemui najis lipas, lalat serta tikus pada ruangan dapur premis terbabit.
Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Rusdi Abd Rahman, mengesahkan arahan penutupan itu keluarkan pihaknya hasil operasi dijalankan pada 29 dan 30 November lalu, seperti dinukil daripada BH Online.
Mengulas lanjut, katanya, dalam operasi dua hari itu sejumlah 40 dapur hotel sekitar Bandar Hilir dan Ayer Keroh diperiksa, dengan empat daripadanya diarahkan tutup sementara.
"Arahan penutupan dibuat mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan.
"Selain itu, JKN turut mengeluarkan 14 kompaun dengan nilai keseluruhan RM10,400 (S$3,205) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 membabitkan kesalahan tiada suntikan, tiada kursus pengendali makanan, tidak memakai apron serta penutup kepala," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat (2 Dis).
Encik Rusdi berkata, selain bahagian dapur pihaknya turut melakukan pemeriksaan kebersihan persekitaran dalam dan luar hotel yang mana lapan hotel dikesan mempunyai tempat pembiakan jentik-jentik, lapor BH Online.
"Susulan itu sembilan kompaun kesalahan bernilai RM4,500 (S$1,386) dikeluarkan ke atas pemilik premis.
"JKN akan terus meningkatkan pemantauan ke atas semua premis khususnya hotel di sekitar Melaka bagi memastikan pematuhan Akta Makanan serta yang berkaitan dipatuhi," katanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.