4 cedera dalam serangan tikaman berasingan di Melbourne
Polis di wilayah Victoria, Australia menyatakan hari ini (7 Jan) bahawa seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas pada kira-kira pukul 1.15 pagi tadi waktu tempatan, ekoran satu siri kejadian tikaman yang menyebabkan empat orang cedera di kawasan pinggir bandar Melbourne semalaman.

(Gambar: Sumber web)
Dalam satu kenyataan, polis menyatakan lelaki berkenaan dipercayai menikam empat orang dalam tiga serangan berasingan sepanjang tempoh tiga jam antara sekitar pukul 10.00 malam waktu tempatan pada hari Sabtu dan sekitar pukul 12.30 tengah malam waktu tempatan pada hari Ahad.
Serangan tikaman itu dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan tindakan pengganasan.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital.
Antara mereka adalah seorang lelaki berusia 24 tahun yang mengalami kecederaan pada kaki dan seorang wanita berusia 31 tahun yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
Polis juga sedang menentukan sama ada satu lagi serangan tikaman yang berlaku pada pukul 9.20 malam pada Sabtu waktu tempatan ada kaitan dengan kes tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.