Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 budak kecil maut akibat bedilan meriam di barat laut Syria

Bedilan meriam mengorbankan empat kanak-kanak di kubu terakhir kumpulan pemberontak di barat laut Syria, menurut badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain pada Ahad (8 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
4 budak kecil maut akibat bedilan meriam di barat laut Syria

Latihan ketenteraan di daerah Sheikh Hadid di wilayah Afrin, Syria. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Aug 2021 11:00PM Dikemas Kini : 08 Aug 2021 11:01PM

BEIRUT: Bedilan meriam mengorbankan empat kanak-kanak di kubu terakhir kumpulan pemberontak di barat laut Syria, menurut badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain pada Ahad (8 Ogos).

Bedilan meriam pada lewat malam semalam menyasarkan kawasan perumahan di wilayah yang dikuasai kumpulan pemberontak di selatan Idlib, menurut Syrian Observatory for Human Rights.

Para mangsa adalah penduduk kampung Qastoun di wilayah Hama dan semuanya adalah dari keluarga yang sama.

Wilayah Idlib didiami hampir tiga juta penduduk termasuk dua pertiga daripada mereka yang berhijrah dari wilayah lain selepas kehilangan tempat tinggal ekoran perang saudara sejak sedekad lalu.

Ia kini ditakluki bekas sekutu Al-Qaeda di Syria tetapi pemberontak dan militan lain turut bermaharajalela di kawasan berkenaan.

Gencatan senjata sebelum ini yang diusahakan sekutu rejim Syria, Rusia, dan penyokong pemberontak, Turki, melindungi wilayah berkenaan daripada sebarang serangan pemerintah sejak Mac 2020.

Bagaimanapun, rejim Syria kini kembali meningkatkan serangan bom terutama di kawasan selatan wilayah berkenaan yang ditakluki kumpulan pemberontak sejak Jun lalu.

Presiden Syria Bashar al-Assad, yang mengangkat sumpah untuk penggal baru bulan lalu, berikrar akan menawan semula kawasan tertentu yang perlu dibebaskan, menjadikannya antara keutamaannya.

Perang di Syria mengorbankan sekitar setengah juta jiwa sejak ia tercetus pada 2011 dengan tindakan ganas cuba meleraikan tunjuk perasaan antipemerintah.  

Sumber : AFP/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa