Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 beranak termasuk bayi maut dalam kemalangan di Kota Tinggi

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Empat beranak termasuk bayi berusia sembilan bulan maut apabila motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori di Jalan Kampung Semanggar Dalam dekat Kota Tinggi pada tengah hari Selasa (30 Ogos). 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian yang berlaku pada pukul 1.20 tengah hari itu, menyebabkan kesemua mangsa terdiri daripada suami isteri berusia 39 dan 27 tahun serta anak lelaki berusia lima tahun dan bayi perempuan tersebut maut di tempat kejadian.

“Lelaki terbabit gagal mengawal motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang dan kesemua pembonceng cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa (30 Ogos). 

Menurutnya pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan dan lelaki berusia 31 tahun itu tidak ditahan serta tiada sebarang rekod kesalahan trafik.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan