Skip to main content

Dunia

4 askar Indonesia maut dalam serangan pemberontak Papua

Sekurang-kurangnya empat askar Indonesia terbunuh dan dua yang lain cedera dalam serangan hendap kumpulan pemberontak di wilayah Papua yang bergolak, kata pihak berkuasa hari ini (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
4 askar Indonesia maut dalam serangan pemberontak Papua

Askar Indonesia terbunuh dalam serangan hendap kumpulan pemberontak di wilayah Papua yang bergolak pada 2 Sep 2021 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Sep 2021 06:54PM Dikemas Kini : 03 Sep 2021 06:57PM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya empat askar Indonesia terbunuh dan dua yang lain cedera dalam serangan hendap kumpulan pemberontak di wilayah Papua yang bergolak, kata pihak berkuasa hari ini (3 Sep).

Lebih 30 pemberontak menyerbu pos tentera di Maybrat, menyerang askar-askar dengan parang sebelum melarikan diri ke dalam hutan.

"Keadaan ketika itu masih gelap dan pelakunya melarikan diri serta merta," kata ketua tentera Papua Barat I Nyoman Cantiasa dalam satu kenyataan video dikongsi kepada AFP pada Jumaat.

Pasukan keselamatan menangkap dua puak gerila yang bertanggungjawab atas serangan itu setelah pencarian selama berjam-jam di hutan, menurut pihak tentera.

Ekoran serangan itu, pihak tentera mengarahkan usaha menjejaki dan memburu pihak bertanggungjawab.Mereka juga berikrar untuk "memusnahkan" pemberontak sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pada Khamis.

Mayat askar yang meninggal dunia diterbangkan pulang untuk dikebumikan, menurut tentera Papua, manakala dua anggota pasukan keselamatan yang cedera dirawat di sebuah hospital.

Puak pemisah Papua mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu, yang berlaku selang seminggu setelah kumpulan itu membunuh dua pekerja binaan di daerah Yahukimo di kawasan tinggi wilayah itu.

Ketegangan di wilayah bergolak itu kian memuncak tahun ini, dengan berlakunya pertempuran berdarah setelah puak pemberontak membunuh ketua perisikan Indonesia di Papua pada April.

Jakarta bertindak balas dengan secara rasmi mengkategorikan pemisah Papua sebagai "pengganas" - tindakan yang menimbulkan kebimbangan akan mencetuskan lebih banyak keganasan dan pelanggaran hak asasi.

Undang-undang antipengganasan Indonesia memberikan bidang kuasa yang lebih besar kepada pihak berkuasa, termasuk menahan suspek selama beberapa minggu tanpa tuduhan rasmi.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita