Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

4 anggota maut dalam tembakan di kem Tentera Udara Diraja M'sia

Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, pagi tadi (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
4 anggota maut dalam tembakan di kem Tentera Udara Diraja M'sia

Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, pada pagi 13 Ogos. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Aug 2021 03:04PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 03:05PM

KUCHING: Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan, Kuching, Sarawak, pagi tadi (13 Ogos).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail berkata buat masa ini, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

“Ya berlaku, tetapi buat masa ini siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, TUDM memaklumkan berlaku satu insiden tembakan melibatkan empat warga TUDM pada pukul 7.15 pagi tadi di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching, ketika waktu anggota bertugas.

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh polis selesai.

“TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan