4,000 dikuarantin akibat penularan wabak penyakit campak dari seorang pramugara Tigerair
Lebih 4,000 orang dikenakan kuarantin di Taiwan kerana penularan wabak penyakit campak. Bahkan penyakit itu sudah menular ke Jepun di mana 67 orang disahkan sudah dijangkitinya.
TAIWAN: Lebih 4,000 orang dikenakan kuarantin di Taiwan kerana penularan wabak penyakit campak. Bahkan penyakit itu sudah menular ke Jepun di mana 67 orang disahkan sudah dijangkitinya.
Sumber penularan penyakit campak itu dikesan dari seorang pramugara syarikat penerbangan Tigerair Taiwan. Beliau dijangkiti penyakit itu di Thailand pada bulan lalu.
Lelaki tersebut kemudian menjangkiti pula dua kru kabin sebuah pesawat dalam penerbangan ke Jepun.
Tanda-tanda penyakit campak termasuk ruam dan demam panas. Ia amat berbahaya jika menjangkiti bayi atau anak kecil.
Media Jepun menyatakan orang-orang di negara itu yang dijangkiti penyakit tersebut bersentuhan dengan seorang pelancong dari Taiwan.
Bagi mencegah penularan lebih lanjut menjelang cuti minggu depan Kementerian Kesihatan Jepun menggesa orang ramai supaya mendapatkan suntikan cegah campak.
Penyakit itu mempunyai tempoh pengeraman selama 21 hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.