39 individu jatuh sakit susuli insiden kebocoran gas di KLIA
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
SEPANG: Satu insiden kebocoran gas berlaku pada Khamis (4 Jul) di bahagian kejuruteraan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang menyaksikan seramai 39 orang jatuh sakit.
Demikian menurut seorang pegawai perkhidmatan kecemasan Malaysia.
"Seramai 39 mangsa mengalami pening kepala dan loya," kata pegawai penyelamat tempatan, Muhammad Nur Khairi Samsumin dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, 24 mangsa dibenarkan keluar dari hospital, 14 lagi berada di Unit Bencana Udara untuk menerima rawatan dan lagi seorang dirawat di hospital.
Kesemua mereka yang terjejas bekerja untuk tiga syarikat yang beroperasi di kemudahan itu.
Insiden itu tidak mengganggu perjalanan udara di lapangan terbang utama negara itu.
Pasukan bomba sedang giat mengenal pasti bahan kimia yang bocor di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.
Tinjauan Bernama mendapati pusat operasi sudah dibuka sebagai kawalan risiko dengan beberapa jalan menuju ke tempat lokasi ditutup kepada orang awam.
Insiden kebocoran bahan kimia dipercayai gas metana itu dilaporkan berlaku pagi Khamis.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail dalam kenyataan, memaklumkan Pusat Gerakan Operasi Negeri menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia di lokasi berkenaan pada pukul 11.23 pagi.
Berikutan itu, 23 pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Shah Alam dan JBPM Negeri Sembilan digerakkan ke lokasi kejadian.
Agensi lain yang terlibat dalam operasi itu termasuk Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS), pasukan Aviation Security (AVSEC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Air Side Safety.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.