39 anak kapal hilang selepas kapal nelayan China karam di Lautan Hindi
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Seramai 39 anak kapal hilang dalam kejadian kapal nelayan China karam di tengah Lautan Hindi, Sputnik memetik laporan Televisyen Pusat China.
Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira pukul 3,00 pagi Rabu (17 Mei), menurut laporan itu.
Terdapat 39 orang di atas kapal itu, termasuk 17 warga China, 17 warga India dan lima warga Filipina.
Tiada seorang pun yang hilang ditemui, dan operasi menyelamat dan mencari sedang dijalankan, lapor penyiar itu.
Susulan insiden itu, Presiden China Xi Jinping mengarahkan mekanisme tindak balas kecemasan segera diaktifkan, pasukan mencari dan menyelamat tambahan dihantar, dan bantuan mencari dan menyelamat antarabangsa diselaraskan.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.