38 maut selepas pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
Anggaran Waktu Membaca:

Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada 25 Dis 2024. (Gambar: AFP/Issa Tazhenbayev)
ASTANA: Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebuah pesawat syarikat penerbangan Azerbaijan terhempas di Kazakhstan, pada Rabu (25 Dis).
Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Kanat Bozumbayev berkata 38 orang maut dalam tragedi itu.
29 orang yang terselamat pula termasuk tiga kanak-kanak.
Pesawat jenis Embraer itu terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan selepas dilencongkan dari kawasan Rusia yang menyaksikan serangan dron Ukraine baru-baru ini.
Penerbangan Azerbaijan Airlines J2-8243 itu membawa 67 orang dan ia terhempas semasa melakukan pendaratan cemas dekat bandar Aktau yang merupakan hab minyak dan gas di kawasan Laut Caspian.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Baku, ibu kota Azerbaijan ke bandar Grozny di Chechnya.
67 orang di dalam pesawat itu terdiri daripada 37 rakyat Azerbaijan, enam warga Kazakhstan, tiga dari Kyrgyzstan dan 16 warga Rusia.
Presiden Azerbaijan, Ilham Alivey telah mengisytiharkan perkabungan negara pada Khamis.
Beliau juga telah membatalkan rancangan pergi ke Rusia untuk menghadiri satu sidang puncak tidak rasmi kumpulan bekas negara Soviet Union atau CIS.
Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, pesawat itu menukar laluan disebabkan cuaca buruk, namun beliau menambah bahawa punca nahas itu tidak diketahui dan masih disiasat.
"Ia satu tragedi besar yang amat mendukacitakan bagi warga Azerbaijan," kata beliau.
Video pesawat itu terhempas menunjukkan ia menjunam dengan laju sebelum terbakar selepas terhempas ke pantai, dengan asap hitam tebal berkepul-kepul di udara.
Penumpang yang berlumuran darah dan cedera juga boleh dilihat terkapai-kapai dari bangkai pesawat.
Reuters boleh mengesahkan daripada mercu tanda berhampiran bahawa video tersebut dirakam di pantai Caspian berhampiran Aktau.
Kementerian kecemasan Kazakhstan mendedahkan dalam kenyataannya bahawa jabatan bomba sudah memadamkan kebakaran itu dan mereka yang terselamat diberi rawatan di hospital berhampiran.
Pendakwa raya utama pengangkutan Kazakhstan, Timur Suleimanov berkata bahawa kotak hitam pesawat, yang mengandungi data penerbangan bagi membantu menentukan punca nahas itu, sudah ditemui, lapor Interfax.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.