38 maut dalam rempuhan perhimpunan politik di selatan India
Kesudahan rempuhan di sebuah perhimpunan politik di Karur, Tamil Nadu state, India. (Gambar: AP)
This audio is generated by an AI tool.
Kejadian berlaku di wilayah Tamil Nadu ketika perhimpunan dianjurkan oleh pelakon terkenal India, Vijay bagi menyokong parti politiknya, Tamilaga Vettri Kazhagam.
Menurut V. Senthil Balaji, pemimpin kanan parti pemerintah wilayah Dravida Munnetra Kazhagam, seramai 46 mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital swasta, manakala 12 lagi dibawa ke hospital pemerintah.
Perdana Menteri India Narendra Modi dalam catatan di platform X menzahirkan rasa sedih atas tragedi itu.
“Takziah kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang. Semoga mereka diberi kekuatan menghadapi saat sukar ini.
"Saya juga mendoakan agar semua yang cedera segera sembuh,” katanya lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.