Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

38 kematian pada hari 'paling berdarah' krisis Myanmar: PBB

Sekurang-kurangnya 38 orang mati pada Rabu (3 Mac), iaitu hari 'paling berdarah' dalam krisis Myanmar, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anggaran Waktu Membaca:
38 kematian pada hari 'paling berdarah' krisis Myanmar: PBB

(Gambar: Naung Kham)

Diterbitkan : 04 Mar 2021 11:20AM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 11:22AM

YANGON: Sekurang-kurangnya 38 orang mati pada Rabu (3 Mac), iaitu hari 'paling berdarah' dalam krisis Myanmar, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Myanmar mengalami kemelut sejak 1 Februari apabila pihak tentera menyingkirkan dan menahan pemimpin awam, Cik Aung San Suu Kyi, sekali gus mengakhiri percubaan sedekad negara itu untuk beralih ke sistem demokrasi dan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran setiap hari.

Tekanan antarabangsa semakin meningkat dengan kuasa Barat berulang kali mengenakan sekatan ke atas para ketua tentera Myanmar dan Britain meminta satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB diadakan pada Jumaat.

Namun, pihak junta setakat ini tidak mengendahkan kecaman global, malah menangani tunjuk perasaan dengan lebih kekerasan.

"Hari ini sahaja 38 orang mati," menurut utusan PBB ke Myanmar, Christine Schraner Burgener, kepada para wartawan semalam, sambil menambah bahawa lebih 50 orang telah mati sejak tentera mengambil alih kuasa, dengan ramai lagi yang cedera.

"Hari ini adalah hari paling berdarah sejak rampasan kuasa berlaku," katanya, tanpa memberikan keterangan lebih lanjut, termasuk butiran kematian.

Beliau menyeru PBB supaya mengambil "tindakan sangat tegas" terhadap para jeneral tentera, dan menambah bahawa mereka telah menepis ancaman sekatan.

Sebelum ini, AFP mencatat sekurang-kurangnya 17 kematian di merata Myanmar pada Rabu, dengan Monywa di daerah Sagaing, tengah Myanmar, mencatat tujuh kematian.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan