3,700 pegawai polis Negeri Sembilan dikerahkan sepanjang PRU15

Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff (Gambar: BERNAMA)
SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan menggerakkan 3,700 pegawai kanan dan rendah bagi penugasan di seluruh negeri berkenaan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.
“Polis Kontinjen Negeri Sembilan sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU15 yang bakal berlangsung nanti dan akan gerakkan 3,700 anggota kita sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin (24 Okt).
SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.
Sementara itu, DCP Ahmad Dzaffir berkata pada masa sama persiapan penugasan untuk bencana Monsun Timur Laut juga dalam keadaan siap sedia dengan sumber manusia dan aset kelengkapan untuk digerakkan.
Beliau berkata pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.