37 maut, ratusan ribu rumah terputus bekalan elektrik susuli ribut salji di AS
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Derek Gee/The Buffalo News melalui AP)
NEW YORK: Ribut salji yang berpanjangan di Amerika Syarikat meragut nyawa sekurang-kurangnya 37 orang, menurut CNN, selain mengakibatkan ratusan ribu rumah tanpa bekalan elektrik.
Lebih sepertiga daripada kematian tersebut berlaku di daerah Buffalo di barat New York.
Gabenor New York menyifatkan ribut salji kali ini sebagai bencana cuaca yang paling buruk dalam tempoh 45 tahun.
Buffalo ditimpa salji setinggi lebih satu meter sejak pagi Ahad (25 Dis) waktu tempatan.
Walaupun orang ramai dilarang bergerak di jalan raya, ratusan orang didapati terkandas dalam kenderaan masing-masing.
Kenderaan kecemasan dan kereta bomba juga terkandas dan tidak dapat membantu mereka.
Di tengah-tengah krisis cuaca sejuk itu, ada yang masih bermain politik.
Tiga bas penuh dengan pendatang asing diturunkan dekat dengan rumah Naib Presiden Kamala Harris pada malam Krismas (24 Dis).
Tidak diketahui siapa dalang perbuatan ini, namun ia dipercayai perbuatan Gabenor Texas Greg Abbott.
Beliau pernah melakukan begini tiga bulan lalu sebagai membantah bilangan tinggi pendatang haram yang memasuki sempadan Amerika.

Sumber : Agensi berita/DY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.