Skip to main content

Dunia

37 diselamatkan selepas kapal Vietnam karam di Laut China Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
37 diselamatkan selepas kapal Vietnam karam di Laut China Selatan

Southwest Cay, juga dikenali sebagai Pulau Pugad, yang dikawal oleh Vietnam dan sebahagian Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang dipertikaikan, 21 Apr 2017. (Gambar fail: Reuters/Francis Malasig)

Diterbitkan : 26 Jul 2026 12:45PM Dikemas Kini : 26 Jul 2026 01:15PM
  • Seramai 37 warga Vietnam diselamatkan selepas kapal 'Khoi Nguyen 18' karam berhampiran Terumbu Yongshu di Laut China Selatan.
  • Kapal itu membawa 62 orang dan mengalami kecemasan sebelum karam, dengan operasi menyelamat masih diteruskan sehingga pagi Ahad.
  • Biro Penyelamat Nanhai di bawah Kementerian Pengangkutan China mengesan isyarat kecemasan dan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.
  • Enam kapal China, sebuah helikopter penyelamat dan sebuah kapal Vietnam terlibat dalam usaha menyelamat di lokasi kejadian.
Dijana oleh AI

SANSHA: 37 individu diselamatkan selepas sebuah kapal Vietnam karam di perairan berhampiran Terumbu Yongshu di Kepulauan Nansha di Laut China Selatan, menurut pihak berkuasa bandar Sansha, China, lapor Xinhua.

Kapal itu mengalami kecemasan sebelum karam, manakala operasi menyelamat masih diteruskan setakat 7.30 pagi Ahad (26 Jul).

Kesemua yang diselamatkan ialah warga Vietnam dari kapal "Khoi Nguyen 18" yang mengalami kecemasan. Seramai 62 orang berada di atas kapal itu.

Lagi 23 orang masih hilang.

Pada kira-kira 6.23 petang Sabtu, "Nanhai Jiu 115", kapal penyelamat yang dikendalikan Biro Penyelamat Nanhai di bawah Kementerian Pengangkutan, mengesan isyarat yang dipercayai sebagai suar kecemasan berpayung terjun daripada kapal yang mengalami kecemasan di laut.

Enam kapal China, sebuah helikopter penyelamat dan sebuah kapal Vietnam sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Menurut pihak berkuasa mencari dan menyelamat maritim Sansha, "Khoi Nguyen 18" ialah kapal berdaftar di Vietnam yang berukuran 69.9 meter panjang dan lebar 10.8 meter, dengan tanan kasar 999.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita