Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

36 maut, kilang terbakar di bandar Anyang, China

Anggaran Waktu Membaca:
36 maut, kilang terbakar di bandar Anyang, China

(Gambar hiasan: Pexels)

Diterbitkan : 22 Nov 2022 10:03AM Dikemas Kini : 22 Nov 2022 10:03AM
BEIJING: 36 orang terbunuh manakala dua lagi masih hilang dalam kebakaran besar di sebuah kilang di tengah China, menurut media negara itu pada Selasa (22 Nov) menukil pihak berkuasa tempatan.

Dua lagi orang dihantar ke hospital kerana cedera ringan, lapor CCTV.

Kebakaran berlaku "di sebuah kilang di bandar Anyang, wilayah Henan pada Isnin petang", lapor agensi berita Xinhua, tanpa memberikan butiran lanjut.

Kebakaran itu berlaku di kilang syarikat Kaixinda milik swasta yang terletak di zon teknologi tinggi.

Ia bermula pada petang semalam dan pasukan bomba menghantar 63 kereta bomba ke tempat kejadian.

Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.00 malam waktu tempatan.

Punca kebakaran belum diketahui tetapi pihak berkuasa telah menahan beberapa orang yang disyaki penjenayah.
Sumber : AFP/SU/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa