36 kes berisiko keracunan susu formula bayi dilaporkan di Britain
Anggaran Waktu Membaca:
- UKHSA menerima 36 laporan klinikal mengenai kanak-kanak yang mengalami simptom keracunan selepas meminum susu formula yang ditarik balik di Britain.
- Nestle dan Danone telah menarik balik beberapa kumpulan produk susu formula bayi antara Januari hingga Februari kerana pencemaran toksin cereulide.
- Pencemaran tersebut berpunca daripada pembekal bahan pihak ketiga yang sama, dan FSA menasihatkan ibu bapa supaya berhenti menggunakan produk terjejas serta berunding dengan doktor atau ahli farmasi.
- FSA dan UKHSA sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca pencemaran, dengan penekanan kepada risiko kepada kanak-kanak kecil dan individu lemah imun.
LONDON: Sebanyak 36 laporan klinikal diterima mengenai kanak-kanak yang mengalami simptom konsisten dengan keracunan toksin berkaitan penarikan balik susu formula bayi baru-baru ini, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) pada Khamis (5 Feb), lapor PA Media/dpa.
UKHSA menyatakan agensi itu serta agensi rakan kongsi menerima 24 notifikasi di England, tujuh di Scotland, tiga di Wales, satu di Ireland Utara dan satu dari kawasan Crown Dependencies mengenai kanak-kanak yang meminum susu terbabit dan mengalami simptom.
Pada 5 Januari, Agensi Piawaian Makanan (FSA) mengesahkan yang Nestle sedang melaksanakan penarikan balik berwaspada beberapa kumpulan produk 12 SMA 'Infant Formula' dan 'Follow-On Formula' di Britain kerana kemungkinan kandungan toksin cereulide.
Penarikan balik ini dikemas kini dengan tarikh luput produk baharu pada 9 Januari.
Pada 24 Januari, Danone, satu lagi pengedar susu formula bayi yang diedarkan secara meluas menarik balik satu kumpulan susu Aptamil 'First Infant Formula' kerana pencemaran cereulide.
Difahamkan minggu lalu bahawa pencemaran yang menyebabkan kedua-dua penarikan balik itu berpunca daripada pembekal bahan pihak ketiga yang sama.
FSA menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang produk terjejas agar berhenti menggunakannya, beralih kepada alternatif lain dan berjumpa doktor sekiranya bayi mereka meminum susu berkenaan.
Jika susu formula itu adalah berpreskripsi, ibu bapa dinasihatkan berunding dengan ahli farmasi atau doktor sebelum menukar kepada produk lain, jelas FSA.
Bacillus cereus ialah sejenis bakteria pembentuk spora yang boleh mencemari pelbagai produk makanan dan apabila ia berkembang, sesetengah jenisnya boleh menghasilkan toksin cereulide, menurut UKHSA.
Simptom keracunan makanan oleh Bacillus cereus dan toksin cereulide biasanya muntah, tetapi boleh juga termasuk sakit perut dan cirit-birit.
Simptom biasanya muncul dengan cepat, antara 15 minit hingga enam jam selepas pengambilan dan biasanya hilang dalam 24 jam selagi tiada pendedahan berterusan kepada toksin.
Pengambilan toksin jarang menyebabkan penyakit yang lebih serius, namun beberapa kes kecederaan hati atau buah pinggang, kerosakan otot dan kegagalan pelbagai organ pernah dilaporkan, menurut UKHSA.
Individu yang berisiko tinggi mengalami komplikasi termasuk kanak-kanak kecil dan golongan yang lemah sistem imun.
FSA sedang meneruskan siasatan mengenai sumber penyebab pencemaran.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.