Skip to main content

Dunia

353 kes COVID-19 varian XBB dilaporkan di 9 daerah Johor

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Sebanyak 353 kes COVID-19 dengan subvarian XBB dilaporkan di negeri tersebut, melibatkan sembilan daerah setakat Sabtu lalu (22 Apr).

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon, berkata keadaan kes COVID-19 di Johor masih terkawal di mana subvarian BF.7 dan XBB 1.16 masih belum lagi dilaporkan di negeri tersebut.

"Daerah Johor Bahru merekodkan jumlah tertinggi kes COVID-19 subvarian XBB iaitu sebanyak 200 kes.

"Seterusnya daerah Muar sejumlah 33 kes, Kulai (28 kes), Batu Pahat (23 kes), Kluang (22 kes), Kota Tinggi (20 kes), Tangkak (14 kes), Pontian (11 kes) dan Segamat (2 kes)," katanya menerusi kenyataan pada Selasa (25 Apr), lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, Encik Tian Soon berkata sebanyak tujuh kelompok dengan jumlah terkumpul 134 kes dilaporkan bagi wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu Influenza-like-illness (ILI). sehingga minggu epid pada 16/2023.

"Kluster berkenaan dilaporkan berlaku di institusi pendidikan merangkumi 85.7 peratus manakala satu kluster berlaku di hospital (14.3 peratus).

"Secara amnya, kes ILI dan URTI adalah jangkitan biasa yang berlaku tanpa musim di negara ini sepanjang tahun dan hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri," katanya dipetik oleh Sinar Harian.

Beliau menambah berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terhadap jangkitan ILI dan URTI, ia mendapati keadaan masih terkawal walaupun terdapat beberapa kelompok melibatkan sekolah berasrama yang dikesan.

 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita