35 pelancong rakyat Indonesia di Israel bakal dibawa pulang
Anggaran Waktu Membaca:

Penduduk Palestin di tengah-tengah runtuhan bangunan selepas serangan udara Israel di Carikan Gaza, 10 Okt 2023. (Gambar: Fatima Shbair/AP Photo)
JAKARTA: Seramai 35 rakyat Indonesia yang sedang mengikuti program wisata agama di Israel, akan dibawa pulang ke tanah air sedang konflik Israel-Palestin kian meruncing.
Demikian menurut Kementerian Luar Indonesia.
"Terdapat seramai 35 rakyat Indonesia, yang melakukan wisata agama, dan kami akan mengendalikan (kepulangan mereka) pada 14 Oktober 2023. Kami akan membantu mengakses pintu keluar itu," jelas Pengarah Perlindungan Warga Indonesia dan Entiti Undang-undang Indonesia Judha Nugraha di sidang akhbar pada Jumaat (13 Okt), dipetik daripada agensi berita Antara.
Sejak konflik tersebut antara Israel dengan Hamas bertambah teruk akibat serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober lalu, Kementerian Luar Indonesia menyatakan sekurang-kurangnya 231 pelancong rakyat Indonesia telah meninggalkan wilayah Israel pada 9 Oktober lalu.
Kemudian, seramai 38 pelancong rakyat Indonesia meninggalkan Israel dan memasuki Jordan pada 11 Oktober, sementara 44 rakyat Indonesia berangkat dari Israel dan memasuki Jordan pada 12 Oktober. Kini, sekurang-kurangnya 313 pelancong rakyat Indonesia berjaya meninggalkan kawasan konflik berkenaan, lapor kementerian itu.
Setakat Jumaat (13 Okt), sebilangan 143 rakyat Indonesia masih terperangkap di kawasan konflik Hamas-Israel, dengan hanya empat daripada mereka bersedia untuk dipindahkan.
Encik Nugraha mendedahkan bahawa ratusan pelancong rakyat Indonesia akan kembali ke negara itu, dengan bantuan ejen pelancongan, yang mengaturkan atur cara pelancongan mereka, lapor Antara.

Peranan pemerintah, dalam kes sebegini, adalah untuk mengendalikan proses kepulangan itu dengan memastikan kesemua rakyat Indonesia boleh merentasi sempadan dari Israel ke Jordan dan membantu dalam rundingan yang dibuat dengan syarikat penerbangan.
Menurut laporan Antara, pemerintah Indonesia sudahpun mengeluarkan makluman pelancongan bagi rakyat Indonesia, yang mempunyai rancangan untuk melawat atau mengikuti wisata agama ke Israel dan Palestin. Mereka dinasihati agar menangguhkan lawatan mereka sehingga situasi demikian menjadi lebih selamat.
Pemerintah itu juga merayu kepada rakyat Indonesia yang sedang menetap di Israel dan Palestin supaya meninggalkan wilayah itu dengan segera, memandangkan ia menjangkakan keadaan keselamatan dan kemanusiaan kian memburuk.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.