Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

35 maut, 43 cedera selepas kereta rempuh orang ramai di China

Anggaran Waktu Membaca:
35 maut, 43 cedera selepas kereta rempuh orang ramai di China

(Gambar: AFP/Hector RETAMAL)

Diterbitkan : 13 Nov 2024 12:00AM Dikemas Kini : 13 Nov 2024 12:19AM
BEIJING: Seorang warga emas disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya ke arah sekumpulan orang ramai, mengakibatkan 35 orang terbunuh dan 43 yang lain cedera, lapor pegawai keselamatan di bandar Zhuhai, selatan China pada Selasa (12 Nov), menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam kejadian pada petang Isnin, lelaki berusia 62 tahun itu menggunakan kenderaannya untuk merempuh pintu pagar pusat sukan dan melanggar orang ramai yang sedang bersenam.

Suspek kemudiannya ditahan polis ketika cuba melarikan diri, menurut laporan itu. 

Menurut pihak berkuasa keselamatan, suspek telah mencederakan dirinya dengan pisau dan telah koma.

Siasatan awal mendapati dia tidak berpuas hati dengan pembahagian aset berikutan perceraiannya, yang dipercayai menjadi punca serangan itu.
Sumber : Bernama/IM/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan