Skip to main content

Dunia

35 cedera selepas kereta api langgar lori di Yokohama

Sebuah kereta api ekspres merempuh sebuah lori di bandar Yokohama, iaitu bandar kedua terbesar di Jepun pada Khamis (5 Sep), menurut pengendali kereta api Keikyu Corp.

Anggaran Waktu Membaca:
35 cedera selepas kereta api langgar lori di Yokohama

Tiga gerabak utama kereta api terbabas dalam nahas kereta api di Jepun. (Gambar: JIJI PRESS/AFP)

Diterbitkan : 05 Sep 2019 02:31PM Dikemas Kini : 05 Sep 2019 02:35PM

TOKYO: Sebuah kereta api ekspres merempuh sebuah lori di bandar Yokohama, iaitu bandar kedua terbesar di Jepun pada Khamis (5 Sep), menurut pengendali kereta api Keikyu Corp.

Para pegawai bomba mengesahkan bahawa sekitar 35 orang cedera akibat nahas tersebut.

Kaca tingkap kompartmen pemandu pecah akibat rempuhan yang berlaku di rangkaian kereta api utama di ibu kota Tokyo itu.

Rakaman video juga menunjukkan sekurang-kurangnya tiga gerabak pertama daripada lapan gerabak kereta api berkenaan terbabas dari landasan kereta api, dengan para penyelamat dilihat mengelilingi tempat kejadian.

Pemandu lori itu cedera parah namun kecederaan yang dialami para penumpang dan pemandu kereta api tersebut tidak kelihatan serius, menurut NHK.

Pihak berkuasa, termasuk kementerian pengangkutan, menyatakan bahawa ia sedang menyiasat punca nahas tersebut. Bagaimanapun, ia tidak dapat memberikan perincian lanjut buat masa ini.

Polis juga mengesahkan insiden itu tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut, sambil merujuk kepada siasatan lanjut yang sedang dijalankan. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita