Skip to main content

Dunia

35,000 orang tunjuk perasaan di Paris bantah keganasan rumah tangga

Puluhan ribu orang berarak di jalan-jalan raya ibu kota Paris pada Sabtu (23 Nov) bagi menentang keganasan terhadap kaum wanita. Tahun ini sahaja, lebih 130 wanita di Perancis dipercayai mati di tangan pasangan masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
35,000 orang tunjuk perasaan di Paris bantah keganasan rumah tangga

Puluhan ribu hadiri tunjuk perasaan merata Perancis bagi menentang keganasan domestik terutamanya penderaan terhadap wanita (Gambar: Reuters/Christian Hartmann)

Diterbitkan : 24 Nov 2019 07:38PM Dikemas Kini : 24 Nov 2019 07:41PM

PARIS: Puluhan ribu orang berarak di jalan-jalan raya ibu kota Paris pada Sabtu (23 Nov) bagi menentang keganasan terhadap kaum wanita. Tahun ini sahaja, lebih 130 wanita di Perancis dipercayai mati di tangan pasangan masing-masing.

Presiden Perancis Emmanuel Macron turut menyuarakan sokongan terhadap gerakan tersebut di akhir tunjuk perasaan.

"Saya menyokong setiap wanita yang pernah mengalami penderaan terhadap jantina atau keganasan seksual. Anda boleh mengharapkan saya untuk menggerakkan pemerintah dan seluruh negara dalam usaha murni ini," tulis pemimpin negara itu di Twitter.

Menurut pihak polis, sekitar 35,000 orang menyertai tunjuk-tunjuk perasaan di ibu kota Perancis itu.

Persatuan #NousToutes, yang menganjurkan tunjuk perasaan itu, pula menganggarkan sekitar 100,000 hadir di Paris, manakala jumlah keseluruhan yang menunjuk perasaan merata negara adalah 150,000.

Esok, pemerintah Perancis dijangka mengumumkan dapatan satu siasatan mengenai keganasan rumah tangga.

Awal minggu ini, pakar-pakar Eropah mengenai keganasan domestik berkata Perancis perlu menyediakan perlindungan lebih baik bagi mangsa-mangsa keganasan sedemikian dan anak-anak mereka.

Pakar-pakar itu juga menuntut agar langkah-langkah lebih tegas diambil bagi menangani isu tersebut.

Sumber : Reuters/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita