Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

345 juta orang seluruh dunia hampiri kebuluran akibat konflik, kejutan iklim

Anggaran Waktu Membaca:
345 juta orang seluruh dunia hampiri kebuluran akibat konflik, kejutan iklim

(Gambar: Patrick T. Fallon/AFP)

SHARM EL-SHEIKH: Ketua Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru pemimpin dunia supaya menggembleng sumber dan dana untuk menyelamatkan jutaan penduduk yang terjerumus ke dalam kancah masalah kritikal akibat kejutan iklim.

Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, David Beasley, terdapat sekurang-kurangnya 345 juta individu menuju ke arah kebuluran kerana konflik dan kejutan iklim.

Tambah Encik Beasley, tindakan penyelesaian dan dana diperlukan segera untuk mengelakkan penghijrahan besar-besaran serta ketidakstabilan negara yang terdedah kepada perubuhan iklim.

"Harapan saya daripada COP ini adalah pemimpin di seluruh dunia bukan sahaja akan bercakap tetapi mengambil tindakan kerana kita mempunyai berjuta-juta orang yang menghadapi masalah serius sekarang akibat kejutan iklim di seluruh dunia.

"Jika kita mempunyai tindakan segera, dana dan sumber yang diperlukan, kita boleh menghentikan penghijrahan daripada berlaku dan ketidakstabilan negara. Tetapi para pemimpin perlu mengambil tindakan dan mereka perlu mengambil tindakan dengan pantas," tegasnya.

Sementara itu, beliau menyentuh mengenai perang Rusia di Ukraine yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan kerana kedua-dua negara tersebut merupakan pengeluar utama bijirin di dunia.

Encik Beasley menjelaskan beliau tidak peduli sama ada terdapat pihak cenderung menyokong atau membenci Rusia tetapi ramai yang memerlukan bijirin dan baja.

Ketiadaan bijirin berpotensi menyebabkan penduduk di seluruh dunia mati kelaparan.

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan